Assalamualaikum semua…
Hari ni Kak Ros nak buat sedikit review 2 produk
penapis air di Malaysia yang famous di kalangan pengguna penapis air. Mana
Lagi bagus Cuckoo atau Coway? jenggg … jenggg … jengggg. Itulah antara
soalan yang sering diutarakan oleh mereka yang ingin membuat pilihan untuk
pasang produk air ni. Ramai yang buntu untuk buat pilihan antara 2 jenis
penapis air ni samada Cuckoo & Coway.
Sebelum Kak Ros membuat review keseluruhannya,
secara jujurnya Kak Ros adalah pelanggan penapis air Cuckoo bermula
5 tahun lepas sehinggalah sekarang & pembelian dibuat berdasarkan
research yang telah akak buat sebelum pembelian
sebelumni.
Kak Ros mulai dari awal pembelian sehingga masih
sekarang menggunakan khidmatnya & mungkin tidak secara terperinci, tapi
harap dapat membantu awak semua untuk buat pilihan tepat yang
ingin membeli penapis air dan penapis udara samada brand Cuckoo atau
Coway atau sebagainya tetapi tidak pasti akan kualitinya.
Okay sebelumtu, Kak Ros senaraikan top 3 jenama
penapis air dan udara yang akak rasa bagus:
1. Cuckoo
2. Coway
3. Jick Soo
Di awal pembelian 5 perkara atau
kriteria yang Kak Ros cari.
Dan kerana 5 perkara inilah Kak Ros dijodohkan
bersama Cuckoo.
Apa yang Kak Ros Cari?
1. Harga yang semestinya
murah & berbaloi.
2. Kualiti
air yang terjamin.
3. Maintenance
& Servis
4. Pemilihan
Suhu Air
5. Penggunaan
Elektrik.
Kenapa Kak Ros seorang yang kederek( kedekut). Jadi apa sahaja yang melibatkan ratusan atau ribuan ringgit, Kak Ros akan pastikan yang akak berpuas hati hati dengan setiap pembelian tersebut. Bukannya apa nak cari duit sekarang bukannya senang. Terrr-salah beli nanti x pasal-pasal bayar sampai habis kontrak baru boleh tukar…heheee
1. HARGA
Setelah beberapa minggu survey di
beberapa booth di mall berdekatan area rumah & website online,
Kak Ros mendapati harga penapis air Cuckoo nilainya lebih berpatutan,
dengan air mineral beralkali ringan jika nak dibandingkan
dengan jenama lain. Dengan harga semurah RM69/bulan (semasa promosi), Kak Ros
berjaya membeli penapis air King Top secara online. Harga ni mungkin berubah
bergantung pada promosi yang mereka buat berdasarkan syarikat tersebut.
Ni Kak Ros share beberapa model Cuckoo yang
mempunyai harga bawah RM 100:
- Model King Top –
RM 75.47/bulan, jika promosi (RM 69/bulan)
- Model Fusion Top –
RM 98/bulan & dikurangkan kepada RM80.00 apabila masuk tahun
ke-4.
- Model Iris Top - RM 94.34/bulan
2. KUALITI AIR
Kualiti air ni, dari dulu Kak Ros suka pada air
mineral. Dalam survey Kak Ros, kesemua mesin
Cuckoo hasilkan air mineral beralkali ringan. Daripada harga
yang mampu milik. Penapis Cuckoo pula menggunakan penapis Nano Positif yang
mampu membuang logam berat dan mengekalkan kandungan mineral.
Berbeza pula dengan Coway, kebanyakan mesin
hasilkan air RO, dan kalau air mineral dan alkali pada harga yang agak tinggi.
Kak Ros sebelumni tak tau apa itu RO water, tapiiii bila search je dekat Google
… baru tau yang RO water ni x der mineral dan kemungkinan tiada zat.
Jangan marah je ni just dari research & review Kak Ros je.
Penapis Coway menggunakan sistem penapis
teknologi membran & hasilnya air Reverse Osmosis (RO). Rasa air yang keluar
dari penapis air Coway adalah dari lapisan membran yang dipasang untuk
menghilangkan rasa payau tanpa kandungan mineral.
Tapi bergantung pada penggunaan air
tersebut, RO better untuk orang yang hidap penyakit buah pinggan dan sangat
recommended oleh para doctor. Compare to Cuckoo, dia tapis karat, logam berat
but still kekalkan kandungan mineral which is good untuk orang yang sihat dan
aktif.
Kak Ros sarankan kepada anda semua yang
mempunyai anak kecil dan ibubapa yang dah tua, air mineral beralkali ringan
merupakan salah satu sebab untuk anda mempunyai air tersebut kerana banyaknya
manfaat untuk mereka termasuk kita.
Antara kelebihan penapis Cuckoo ni korang boleh
tadah terus kat sinki sebab akan ada saluran tube tambahan diberikan secara free
of charge. Bagi Kak Ros ianya memudahkan untuk basuh beras atau sayur
masa nak masak dengan kualiti air yang bersih.
3. MAINTENANCE & SERVIS
Mengenai servis pula,
technician Cuckoo akan datang untuk buat servis penapis air di rumah pelanggan
setiap 4 bulan sekali. Setiap kali servis maka filter baru akan
ditukar terus dan yang paling Kak Ros tertarik, setiap kali
servis mereka akan sterile (wapkan) tangki bagi ekstra kebersihan.
Bahkan setiap 4 bulan
sahaja Cuckoo akan telefon pelanggan untuk servis. Bagi Kak Ros ianya sangat
memudahkan dan tak perlu nak ingat bila servis sebab Cuckoo akan ingatkan
pelanggan.
Sepanjang 5 tahun Kak Ros gunakan penapis air Cuckoo model King Top ni, belum pernah lagi terlepas servis. Setiap kali sampai waktu servis sahaja pasti mereka akan hubungi Kak Ros. Setakat ni memang puas hati. Sepanjang 5 tahun kontrak yang Kak Ros pakai ni, ada jaminan mesin dan servis percuma. Cuma bayar je la RM69 sebulan (harga promosi) tu. Heheee ... Selain tu, untuk Cuckoo warranty percuma selama mana tempoh sewa beli yang kita ambil. Contohnya 5 tahun pakej rental, jadi sepanjang tempoh tersebut kita akan dapat percuma warranty ye. Best kan ??? ...
Tapi pasal servis dan warranty sama jer untuk Coway akan cover sepanjang tempoh kontrak, monthly tu dah termasuk semua sekali cuma penapis air Coway akan diservis setiap 2 bulan termasuk cuci filter dan tangki..dan pertukaran filter 6 bulan sekali.
So terpulang la pada kita sebagai pengguna untuk membuat perbandingan yer...
4. PEMILIHAN SUHU AIR
Seterusnya sebelum membuat pembelian, pemilihan suhu
air juga memainkan peranan penting sebelum membuat pembelian penapis
air. Nak tahu tak kenapa??? Ramai akan memilih penapis air Cuckoo kerana suhunya
boleh dilaraskan. Boleh adjust nak panas tahap mana, nak sejuk tahap
mana, nak suam tahap mana. Bagi pandangan Kak Ros ianya penting kepada
mereka yang mempunyai anak kecil (baby) dan masih lagi menyusu, Jadi ianya
memudahkan kerja untuk membuat susu kerana suhunya yang boleh dilaraskan dan airnya
x terlalu panas, x terlalu sejuk sesuai untuk susu baby & sangat
meringankan beban para ibu di luar sana.
Okay Kak Ros bagi contoh ye,,
Model IRIS TOP & Model
ICON: Digital - Boleh set sehingga 13 jenis suhu air.
Namun 13 suhu ini bermaksud:
A) Air sejuk - 5 setting suhu
B) Air panas - 5 setting suhu
C) Room - 3 setting suhu
*Perlu take note kadar refill ke penapis
air Cuckoo adalah cepat , sekitar 300ml seminit. Dan tangki air
Cuckoo lebih cepat penuh berbanding penapis air jenama lain seperti Coway.
Berbeza pula dengan Coway, mereka juga
menawarkan 3 jenis suhu air tetapi suhunya tidak boleh dilaraskan. Jadi,
sekali lagi, terpulanglah kepada kehendak kita sebagai pengguna untuk memilih
mana yang lagi terbaik.
5. PENGGUNAAN ELEKTRIK
Bagi Kak Ros penggunaan tenaga elektrik penapis
air Cuckoo adalah pada kadar yang menjimatkan. Bil elektrik bulanan
pun cuma ada pertambahan sikit selepas install penapis air Cuckoo ni. Masa Kak
Ros buat research haritu penggunaan elektrik sekitar 300-350watt (air panas )
& 100watt (air sejuk) untuk penapis air Cuckoo & untuk pengetahuan
semua, pemanas air biasa memerlukan sekitar 700watt-2000watt.
Jadi sebagai pengguna, Kak Ros tidak menyesal
untuk memilih penapis air Cuckoo kerana ianya semestinya JIMAT elektrik.
KESIMPULAN
Semua jenama mempunyai kelebihan & kekurangan masing-masing.